Rabu, 10 Disember 2008

Diam

"Banyak Diam tidak semestinya bodoh, banyak bercakap tidak semestinya cerdik, kerana kecerdikan itu buah fikiran, orang cerdik yang pendiam lebih baik dari orang bodoh yang banyak bercakap."

Seperti yang kita sedia maklum, manusia adalah makhluk Allah yang paling sempurna berbanding makhluk Allah yang lain.. Ini kerana manusia mempunyai akal fikiran untuk berfikir dan juga mempunyai nafsu... kedua-dua ini sangat penting dalam kehidupan manusia... walaubagaimanapun manusia perlu meletakkan akal lebih tinggi daripada nafsu... Untuk memastikan akal dapat berfungsi dengan baik dan membimbing nafsu, maka kita perlulah menuntut ilmu....

Sempurnanya juga manusia kerana mempunyai lidah untu berkata-kata.. Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati org lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT.Bagi mereka yg beriman, lidah yg dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan utk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan utk mengeluarkan mutiara-mutiara yg berhikmah. Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia drp mengucapkan perkataan yang sia-sia.

HIKMAH DIAM
1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan tanpa kerajaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Kekayan tanpa meminta kapada orang.
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib.

Hadis2 Rasullulah mengenai kelebihan diam yg bermaksud:

* "Barangsiapa yg banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yg banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yg banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya". ( RW ABU NAIM )

* "Barangsiapa yg beriman kpd Alah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yg baik atau diam". ( RW BUKHARI & MUSLIM )*

"Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya".( RW AT-TARMIZI )

Tiada ulasan: